Posts

Showing posts from February, 2018

SIRI ALBUM LANGKA : LOGA - BUMI (1994)

Image
Loga - Bumi (1994). Label: Philips. - Satu-satunya album solo mendiang Loga yang di keluarkan pada zaman populariti Alleycats mula menurun. Alleycats yang popular di awal tahun 80an mula menurun popularitinya di awal 90an. - Pada waktu yang sama juga David Arumugam juga ada mengeluarkan sebuah mini album dengan 5 lagu yang berjudul “Segarkan Cinta Kita”. - Agaknya strategi syarikat pada waktu tu untuk pisahkan mereka kerana dalam album Alleycats sebelum ini pun biasanya mereka akan bergilir2 untuk menyanyi. - Mendiang Loga menerbitkan album ini bersama Man. - Pemuzik terlibat cuma Jimmy Lee (Drums) dan Eddie Marzuki ( semua alat muzik lain). Eddie juga bertindak sebagai album arranger. - album di rakamkan di Lion Studio. Di rakam dan diadun oleh Tiang. - terdapat 6 buah lagu dimana satu lagu adalah nyanyian semula (Jika Kau Bercinta Lagi yang asalnya dari album Melayu pertama Alleycat tahun 1979) dan 5 lagi lagu baru.  - “Jika Kau Bercinta Lagi” masih mengekalkan arrangement yang sama