Posts

Showing posts from January, 2018

Press Priss Pruss - Ella USA (1994)

Image
Ella USA, sebuah album ikonik yang pernah menjadi album terlaris jualannya di Malaysia  Dimana 350,000 unit kaset dan CD telah terjual. Sehingga ke hari ni jualannya adalah dalam anggaran 600,000 ke 800,000 unit. Ini killer album, semua lagu sedap dan relevan sampai sekarang. \Susah juga nak pilih album terbaik Ella, Ella USA atau Ella 30110? Berbagai versi CD/VCD Ella USA Ella USA di terbitkan oleh EMI Malaysia pada tahun 1994. Album yang dihasilkan di beberapa buah studio di California, USA dengan menggunakan khidmat para pemuzik professional dari Amerika dan penerbit Kyoji Yamamoto, seorang guitaris tersohor dari kumpulan Bow Wow, Jepun. Merupakan album pertama di Malaysia yang di rakamkan di USA. Ada ke yang kedua? Hihi Lagu-lagunya pula kebanyakan adalah dari kolaborasi antara Ella dan Kyoji. Terdapat 14 track lagu tetapi 2 darinya adalah lagu-lagu instrumental dengan petikan gitar oleh Kyoji Yamamoto. Tracklist Hide Credits 1 Menanti Lyrics By –  Ella (10) , 

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir (1992)

Image
Saudagar Mimpi...album solo ketiga M.Nasir ( termasuk album Untuk Pencinta Seni yang menggunakan nama Mohamad M.N.), telah dikeluarkan semula dalam bentuk CD "gold disc limited edition" Ini adalah kali ketiga album ini dikeluarkan dalam bentuk CD. Kali pertama dalam tahun 1992 oleh BMG Music, kemudian di antara 2004-2008 oleh label SonyBMG. Keluaran kali ini adalah di bawah label Sony Music dan diedarkan oleh PMP Music Enterteinment. Perbezaan dari segi logo. Sony BMG (tengah) tanpa logo. Printing ketiga2 cover terang. Kertas pun bagus.Tak banyak yg boleh komen. Kalau nak buang hologram tu pun ok jugak, tapi sticker limited edition tu, kenalah simpan, kalau tak orang tak tau benda tu cetak 500 jer( biasanya laa 😁) Tapi sticker tu spoil sebab guna Engllish berterabur. Korang bacalah sendiri. Grammar salah. Kalau tak nampak memang kena masuk kelas English la😊 Versi limited edition dengan inlay lipat tiga(bawah sekali) Harus di puji sebab inlay kali