Prima Domestika - Prime Domestic (2017)



Aku memang tak pandai langsung main muzik. Tapi aku pernah jadi vokalis untuk band Asrama Kolej semasa menuntut di Universiti Malaya dulu. Itu dululah, kalau sekarang suruh aku nyanyi memang hujan gerenti turun tak berhenti-henti 3 hari 3 malam.

Minat aku pada muzik sekarang hanya bertumpu pada aktiviti mengumpul CD, kaset atau LP. Aku sering memuat naik informasi tentang CD Melayu, terutama dalam discogs.com. Dah jadi suatu ketagihan kalau dapat album baru atau info tentang album lama yang di muat naik dalam website Muzik Nusantara, mesti aku cepat-cepat update.


Tapi untuk album Prima Domestika ni, aku agak terlambat. Ada insan lain yang dengan gigihnya memuat naik info tentang album yang sememangnya telah lama aku tunggu-tunggu untuk di muat naik ke discogs. Nasib baik info yang ada belum lengkap. Dapatlah aku memuat naik info tambahan.

Jadi apa yang istimewa dengan album sulung Prime Domestic (PD) ni? Album ini di jual lebih kurang selang seminggu selepas album Katharsis Search. Maka dalam jarak masa tak sampai sebulan, peminat muzik rock telah di hidangkan dengan 2 karya dari 2 buah band otai. Nak buat review pasal muzik lebih-lebih pun, aku bukannya sound engineer, tapi aku yakin hasil kerja Jobranko dan Hillary memang bermutu dan terbaik dari ladang.



Album sulung PD ini memuatkan 10 lagu, dimana satu lagu adalah instrumental.  Walaupun 3 lagu, Sedingin Pluto, Tekno Dewata dan Satukan Impian pernah dikeluarkan beberapa bulan lepas sebagai pengenalan kepada Prime Domestic dahulu, namun yang terdapat dalam versi album ini, adalah lagu-lagu yang 100% rakaman baru. Jadi peminat PD harus mendapatkan versi single 3 lagu tersebut kerana perbezaan susanan muzik dan nyanyian Aweera adalah berbeza.



7/10 lagu adalah hasil ciptaan Joe atau hasil kolaborasi dengan Hillary. Lain2 penyumbang lagu2 adalah M.Nasir, Boy Clifort dan Acap. Dan sewajarnyalah Joe dan Hillary adalah mastermind utama kumpulan ini.

Penulis lirik terkenal seperti Ishmael MS, Ad Samad dan Nuar Botak, disamping beberapa nama lain yang jarang2 didengar seperti Adam Iskandar dan Lukman Ismail.


Nyanyian Aweera dalam ke tiga2 lagu rakaman semula itu lebih santai jika di bandingkan dengan yang asal manakala ketukan drum oleh Ainol bunyinya lebih padu. Secara peribadi aku lebih sukakan lagu2 versi asal, semangat yang di tonjolkan dalam nyanyian  oleh Aweera itu lebih terasa.

6 lagu lagi masih belum melekat lagi dalam sanubari, semasa ulasan ini di buat namun secara keseluruhan album ini dapat memuaskan hati peminat2 PD.

Lagu-lagu semuanya dirakamkan di 3rd Floor Utd Studio. Mastering pula di lakukan di Australia oleh Don Bartley. Jadi dari segi mutu bunyi memang aku sangat berpuashati. Tiada masalah.



Album ini juga ada kontroversinya. Kulit album telah ditukar di saat akhir, yang mana menyebabkan pelancaran album ini tertangguh. Adalah di fahamkan dari sumber dalaman sebanyak 2000 keping CD telah siap namun atas alasan informasi terkandung di dalam inlay kurang lengkap maka cetakan semula dengan grafik muka depan yang baru telah dibuat. 

Promosi awal/teaser design awal  tersebut memaparkan sketsa 5 anggota PD dengan berlatar belakangkan KLCC. Reaksi awal dari peminat PD agak negatif, ada spekulasi mengatakan itu sebab utama kulit album di tukar . Entah betul, entah tidak tapi kalaulah kolektor macam aku dapat inlay asal tu, alangkah bahagianya..huhu.


Design baru oleh Fidote memaparkan seseorang yang sedang meneropong langit diatas timbunan pecahan batu2. Mungkin tafsiran kasar ia merupakan analogi bahawa walaupun seseorang itu telah berhadapan dengan pelbagai masalah namun ia tidak menghalangnya dari terus bermimpi dan mencari arah baru dalam meneruskan kehidupan. #noregretnosurrender.. Itu interpretasi aku laa..kalau tak betul jangan marah aa..aku bukan mat sastera..hihihi

CD boleh didapati dengan harga semurah RM23 dgn postage RM10 secara dalam talian atau boleh di beli dikedai-kedai muzik yang semakin pupus di bumi Malaya ini. Inilah antara rilisan album baru 10 lagu yg paling murah harganya.
True fans kenalah sokong. Beli yang original.



Bagi yang berminat untuk mendapatkan info teknikal album ini bolehlah pergi ke pautan ini di discogs.com. Maklumat semua aku dah update kasi lengkap.


P.s. review album ala kadar sulung aku ini aku tujukan khas kepada kawan2 group whatsapp blogger. Terima kasih kerana menjadi inspirasi aku untuk menulis dan mewarnai hari-hari suka-dukaku dengan gelak ketawa, walaupun tak pernah bersua muka. Kita di satukan atas rasa cinta pada Aceh Sescch..Love you guys☺









Comments

  1. Haahahhaha kenapa nak kena sebut nama tu kat perenggan akhir? Hahahhahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Idola tu..kalau tak sebab dia, korang tak kenal aku la๐Ÿ˜‚

      Delete
  2. alamak.... wassap blogger..... bahaya nih...hahaa

    ReplyDelete
  3. ooo x UM rupanya. Dulu duduk kolej mana Doc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asasi kolej 2...masuk dental 1st year kolej 6 lah bro..pastu Kolej Pantai Dalam mana ada kolej lain nak ambik budak Medic/Dental๐Ÿ˜Š

      Delete
  4. Hahah..doc sebut nama yg last tu tak lama lagi jadi official whatsapp group la..haha
    Apa pun review yg ringkas dan padat.terbaik doc

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ bro..tak berani aku nak review Kataksis..takut ๐Ÿ˜‚

      Delete
  5. ooo baru tau yang 3 lagu tu rakaman baru...nanti cd aku sampai nak dengar balik la beza dia...

    apa2 pun teruskan menulis doc....kami bersama presiden sayang aceh sess pun sayang juga...hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lorr..tak sampai lagi ke? Huhu...berbaloi bayar rm23 sbb consuder semua lagu baru๐Ÿ˜Š

      Delete
  6. ye ke teropong? apasal aku tengok macam nak tembak gagak je.. dah tu ye ke atas batu? bukan sampah sarap ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teropok hikmat DoReMi tu, kalau bukan batu agaknya timbunan bauksit tu ๐Ÿ˜Š

      Delete
  7. Wah dah main blog skrg ni Doc. keep it up. bravo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you my pren...ini blg CD dan gigi..nanti kena baca bab gg gak๐Ÿ˜ƒ

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir

JB - City Of Rock And Roll