JB - City Of Rock And Roll

Hari ni dah seminggu aku bekerja di JB. Mencari rezeki di tempat orang. Memulakan fasa baru dalam kehidupan. Berhijrah untuk meneruskan kehidupan, menuju garis pengakhiran hidup.

Kenangan pahit manis di Kuala Lumpur, menjadi asam garam kehidupan. Banyak perkara yang terpaksa di tinggalkan dan mungkin banyak juga benda yang bakal di perolehi di tempat baru.

Hidup mesti diteruskan. Dan dunia ini hanyalah pinjaman. Harta benda bukan milik kita. Suatu hari semuanya akan di tinggalkan. Anggaplah semua hanya pinjaman.

Jangan bongkak dan sombong dengan apa yang dimiliki. Bersyukurlah dengan apa yang di beri.

Cuba untuk memulakan catatan kehidupan, semoga segala tindak-tanduk ku di restui. Mohon doa dari kawan dan sahabat, moga aku tabah dalam segala rintangan dan cubaan hidup.

Yang Benar,

Mejar (Dr) Mohd Rizal Azuar Bin Sulaiman (Bersara)


Comments

  1. First comment. Macam biasa, nak hadiah baju satu tak pun CD Wings Puisi Aidilfitri

    ReplyDelete
  2. Selamat datang tuan doktor ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
  3. Welkam home (sanitarium) doc.selamat merajinkan diri update blog..haha

    ReplyDelete
  4. Selamat bertugas. Gigih mencarik rezeki...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir