Posts

Press Priss Pruss : Saudagar Mimpi - M. Nasir

Image
Saudagar Mimpi...album solo ketiga M.Nasir ( termasuk album Untuk Pencinta Seni yang menggunakan nama Mohamad M.N.), telah dikeluarkan semula dalam bentuk CD "gold disc limited edition"

Ini adalah kali ketiga album ini dikeluarkan dalam bentuk CD. Kali pertama dalam tahun 1992 oleh BMG Music, kemudian di antara 2004-2008 oleh label SonyBMG.

Keluaran kali ini adalah di bawah label Sony Music dan diedarkan oleh PMP Music Enterteinment.


Printing ketiga2 cover terang. Kertas pun bagus.Tak banyak yg boleh komen. Kalau nak buang hologram tu pun ok jugak, tapi sticker limited edition tu, kenalah simpan, kalau tak orang tak tau benda tu cetak 500 jer( biasanya laa 😁)
Tapi sticker tu spoil sebab guna Engllish berterabur. Korang bacalah sendiri. Grammar salah. Kalau tak nampak memang kena masuk kelas English la😊


Harus di puji sebab inlay kali ni lipat tiga. Yang 1st press pun cincai lipat 2 dengan lirik kecik, kesian orang tua mata rabun nak menyanyi lagu M. Nasir ikut lirik pun su…
Image
Prima Domestika - Prime Domestic (2017)



Aku memang tak pandai langsung main muzik. Tapi aku pernah jadi vokalis untuk band Asrama Kolej semasa menuntut di Universiti Malaya dulu. Itu dululah, kalau sekarang suruh aku nyanyi memang hujan gerenti turun tak berhenti-henti 3 hari 3 malam.

Minat aku pada muzik sekarang hanya bertumpu pada aktiviti mengumpul CD, kaset atau LP. Aku sering memuat naik informasi tentang CD Melayu, terutama dalam discogs.com. Dah jadi suatu ketagihan kalau dapat album baru atau info tentang album lama yang di muat naik dalam website Muzik Nusantara, mesti aku cepat-cepat update.


Tapi untuk album Prima Domestika ni, aku agak terlambat. Ada insan lain yang dengan gigihnya memuat naik info tentang album yang sememangnya telah lama aku tunggu-tunggu untuk di muat naik ke discogs. Nasib baik info yang ada belum lengkap. Dapatlah aku memuat naik info tambahan.

Jadi apa yang istimewa dengan album sulung Prime Domestic (PD) ni? Album ini di jual lebih kurang selang sem…

JB - City Of Rock And Roll

Image
Hari ni dah seminggu aku bekerja di JB. Mencari rezeki di tempat orang. Memulakan fasa baru dalam kehidupan. Berhijrah untuk meneruskan kehidupan, menuju garis pengakhiran hidup.

Kenangan pahit manis di Kuala Lumpur, menjadi asam garam kehidupan. Banyak perkara yang terpaksa di tinggalkan dan mungkin banyak juga benda yang bakal di perolehi di tempat baru.

Hidup mesti diteruskan. Dan dunia ini hanyalah pinjaman. Harta benda bukan milik kita. Suatu hari semuanya akan di tinggalkan. Anggaplah semua hanya pinjaman.

Jangan bongkak dan sombong dengan apa yang dimiliki. Bersyukurlah dengan apa yang di beri.

Cuba untuk memulakan catatan kehidupan, semoga segala tindak-tanduk ku di restui. Mohon doa dari kawan dan sahabat, moga aku tabah dalam segala rintangan dan cubaan hidup.

Yang Benar,

Mejar (Dr) Mohd Rizal Azuar Bin Sulaiman (Bersara)